Sunday, 8 January 2012

Kreatif: Taman Tanah Liat di China







Sebuah taman budaya yang unik yang keseluruhannya diperbuat daripada tanah liat yang baru-baru ini dibuka untuk umum, di Kota Tangshan, China. Sejak maharaja pertama berkuasa, bangsa Cina sudah terbiasa membuat monumen super megah. Bermula dengan istana mengandungi beribu-ribu pating Terakota hingga tembok China yang terbesar adalah dua diantaranya. Kini, mereka telah membuat sebuah taman budaya unik yang keseluruhannya diperbuat dari tanah liat dan baru-baru ini dibuka untuk umum, di Kota Tangshan.


Taman tersebut memaparkan berbaris-baris rumah, jalananan sibuk dengan kedai dan gerabak, pejabat negara, hingga kereta kuda zaman klasik China. Luas taman ini berukuran 300x60 meter dengan skala saiz 2/3 daripada saiz asal. Kos keseluruhannya projek belum diumumkan, namun setahun setelah si pematung itu memulakan projek, iaitu pada 2009, Qin Shiping sempat menyatakan telah melabur lebih daripada 10 juta yuan atau lebih daripada 20 billion ringgit.








Tuesday, 6 December 2011

Komposisi shooting dari sudut berbeza

Kreatif...:)





Seni Melukis dengan Subjek Matter Lalat



Bosan, tak tahu nak buat, apa, Pegi cari chopstik, atau apa - apa benda yang boleh membunuh lalat, Pen,dan sehelai kertas,Gambar di bawah ini akan beri sedikit hint, kalau nak tambah tu, ikut kreativiti anda..

Seni Ukir Pada Gulungan Kertas



Anastassia Elias, seorang pengecat dan illustrator, mengukir pemandangan kecil di dalam gulungan tisu tandas. Subjek yang dilukis ialah aktiviti harian seperti rehat di rumah, mendengar ceramah pensyarah dan melalui pasar.

Friday, 18 November 2011

Apakah Kreativiti ..???


Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki.


 Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada
‘ada’. 



Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.


Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.”
Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. 


Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, toP be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying thedifficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the results.” (Torrance, 1974)