Sunday, 8 January 2012

Kreatif: Taman Tanah Liat di China







Sebuah taman budaya yang unik yang keseluruhannya diperbuat daripada tanah liat yang baru-baru ini dibuka untuk umum, di Kota Tangshan, China. Sejak maharaja pertama berkuasa, bangsa Cina sudah terbiasa membuat monumen super megah. Bermula dengan istana mengandungi beribu-ribu pating Terakota hingga tembok China yang terbesar adalah dua diantaranya. Kini, mereka telah membuat sebuah taman budaya unik yang keseluruhannya diperbuat dari tanah liat dan baru-baru ini dibuka untuk umum, di Kota Tangshan.


Taman tersebut memaparkan berbaris-baris rumah, jalananan sibuk dengan kedai dan gerabak, pejabat negara, hingga kereta kuda zaman klasik China. Luas taman ini berukuran 300x60 meter dengan skala saiz 2/3 daripada saiz asal. Kos keseluruhannya projek belum diumumkan, namun setahun setelah si pematung itu memulakan projek, iaitu pada 2009, Qin Shiping sempat menyatakan telah melabur lebih daripada 10 juta yuan atau lebih daripada 20 billion ringgit.








2 comments: